Simson Ade Suseno
1. Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna
2. Memberi nafkah kepada isteri
3. Menggaulinya dengan baik:
• Memberi nafkah sesuai dengan kemampuan
• Sentiasa berbincang dengan isteri dalam segala hal
• Mengajak isteri bergurau senda, berlaku lemah lembut kepadanya, menghiburkan isteri
supaya hatinya sentiasa gembira.
• Memaafkan kesalahan isterinya apalagi terhadap isteri yang berbudi pekerti mulia.
• Di hadapan isteri hendaklah menunjukkan keindahan dan kebaikan kerana isterinya juga
menyenangi apa yang disenangi oleh suaminya.
• Membantu isteri dalam urusan rumahtangga terutama apabila isteri sakit atau sibuk
dengan pekerjaannya.
• Tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan umum.
• Melindungi isteri dari api neraka.

Cemburu hanya kerana agama dan kehormatan
Cemburu ini bermaksud, menjaga isteri dari segala sesuatu yang berbentuk pandangan, perkataan atau perasaan.

Secara umum lelaki bersifat: Manakala wanita bersifat:
• berani dan gagah perkasa
• ingin menolong yang lemah
• ingin berkuasa
• kasar dan tamak
• lemah lembut
• pemalu
• mempunyai perasaan yang halus
• bersopan santun
• penyabar

Sifat-sifat ini adalah bersesuaian dengan kewajipan dan tanggungjawab masing-masing.

5. Membimbing isteri
Di samping memiliki sifat-sifat yang baik, wanita juga mempunyai sifat-sifat buruk yang
kadangkala merupakan sifat asal ataupun dari pengaruh luaran. Diantaranya:
• Mudah lupa dalam mengingati Allah SWT. Kesibukan dengan harta kekayaan dan anakanak
kadang-kala membuat wanita lengah akan perintah Allah SWT. Kelalaian ini akan
memberi peluang kepada hawa nafsu menguasainya.
• Mudah terpengaruh oleh tipu daya dunia. Kemilauan dunia sering membuat wanita terpedaya.
• Sering bersikap bangga dan bermegah-megah kepada orang lain

Dengan memahami sifat isteri, suami boleh membimbing dan menasihati isteri. Suami pula
sepatutnya tahu bagaimana cara membetulkan isteri. Tersilap cara akan mengakibatkan
perselisihan. Perselisihan dalam rumahtangga dapat dikurangkan sekiranya pasangan
mengamalkan perangai yang baik seperti:
• Janganlah suami dan isteri marah pada masa yang sama
• Jangan mengeluarkan suara yang kuatt antara satu sama lain
• Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan, maka biarkanlah ia menang
• Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan sikap kasih sayang
• Jangan mengungkit kembali kesalahan-kesalahan lalu
• Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang lain daripada tidak mempunyai masa
terhadap pasangan
• Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan
• Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada pasangan kita sekurang-kurangnya sekali sehari
• Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta maaf
• Jangan lupa bahawa perselisihan terjadi akibat dua orang dan biasanya orang yang bersalah
paling banyak berbicara

6. Membimbing anak
Seorang suami yang adalah suami yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya, antaranya:
• Memberikan nama yang baik bagi anaknya
• Memberi nafkah
• Bertanggungjawab atas pendidikan anak dan sebagainya
Label: , |
Simson Ade Suseno
Suami teladan ialah:

1. Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah SWT dan menjauhkan larangan-Nya.
Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannya. Ia selalu berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan, ia akan menyatakan kepada isterinya.
2. Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahsia yang tidak disenangi isterinya. Apabila
berkata-kata dengan isterinya dengan cara lembut dan bersopan santun.
3. Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan isterinya, berbincangbincang,
menghargai pandangan isterinya dan sebagainya.
4. Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat. Tidak mudah cemburu.
5. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap isterinya.
6. Suami yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi pemimpin rumahtangga.

Suami yang layak menjadi pemimpin sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri berikut iaitu:
1. Tubuh badan yang sempurna.
• Sanggup melaksanakan tanggungjawabnya dengan kesempurnaan anggotanya.
Ini bermaksud selagi mampu memenuhi keperluan zahir dan batin.
2. Akal fikiran yang sempurna.
• Berfikiran positif.
3. Pengetahuan agama yang sempurna.
• Untuk membimbing ahli keluarganya mengamalkan ajaran agama sebagai
panduan hidup
4. Membelanjakan sebahagian harta. 
• Mencari nafkah untuk menyara hidup ahli keluarganya
Label: , |
Simson Ade Suseno
Islam menyuruh umatnya berkerjasama membina umat yang luhur. Cara yang paling utama Islam membina keluarga yang utuh. Oleh itu perkahwinan memang dituntut di dalam Islam kerana dari perkahwinan boleh melahirkan kebaikan-kebaikan dengan berlandaskan ajaran Islam.

Suami yang diingini wanita
Keseluruhannya, suami yang diingini oleh setiap wanita ialah lelaki yang beragama dan berakhlak mulia.

Persediaan diri untuk berkahwin
1. Umur yang cukup dewasa. Kedewasaan bermaksud:
• dewasa fizikal.
• dewasa intelektual, bersifat objektif terhadap diri sendiri. Ia mengakui kekurangannya,
berkeinginan memeriksa motif tindakannya sendiri.
• dewasa emosi, tahu mengawal diri ketika marah dan sebagainya.
• dewasa sosial, mempunyai hubungan kekeluargaan yang harmoni, mampu menyesuaikan
diri dengan masyarakat di mana ia berada.
• dewasa moral, memahami hal orang lain dan selalu mempertimbangkan akibat
perbuatannya terhadap orang lain.

Ringkasnya, umur yang sebaiknya bagi lelaki ialah antara 25-30 tahun dan bagi wanita ialah antara 20-25 tahun. Penentuan umur ini sebenarnya banyak bergantung kepada iklim dan adat
istiadat sesuatu tempat.

2. Bekal menyara hidup
3. Mempunyai pengetahuan berumahtangga
Pengetahuan berumahtangga dianggap mudah oleh lelaki sehingga ilmu-ilmu itu biasanya tidak
dipelajari. Ini hanya disedari apabila telah berumahtangga. Di sanat ini barulah diketahui banyak
masalah yang perlu dihadapi.

4. Sihat jasmani dan rohani
Perkahwinan adalah percampuran lahiriah dan batiniah lelaki dan perempuan. Oleh itu keadaan
kesihatan jasmani dan rohani amat diperlukan.

Memilih isteri idaman
Ada beberapa faktor dalam memilih isteri:
1. Faktor keagamaan dan akhlak
2. Faktor kecantikan dan kekayaan
3. Faktor keturunan dan kesuburan

Sifat-sifat wanita yang mulia:
1. Wanita yang tidak suka menuntut perkara-perkara yang akan membebankan suaminya
2. Wanita yang tidak suka berhias untuk lelaki bukan muhrimnya
3. Wanita yang menjauhkan diri dari sifat-sifat tercela
4. Wanita yang tidak meninggikan suara melebih suara suaminya
5. Tidak keluar rumah tanpa izin suaminya
6. Tidak membelanjakan harta suaminya tanpa izin suaminya
7. Menjalankan kewajipan terhadap ajaran agama
8. Tidak menuntut cerai atau talak
9. Tidak cepat cemburu pada sesuatu yang belum pasti
10. Berbuat baik dalam menjalinkan hubungan dengan keluarga suami
11. Tahan menderita ketika suami ditimpa musibah
Label: , |
Simson Ade Suseno
-->
Dalam kehidupan bermasyarakat, perkahwinan dan pernikahan sangat diperlukan. Tujuannya adalah untuk meneruskan kehidupan umat manusia di bumi ini. Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah SWT dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan. Dalam kehidupan bermasyarakat, sering kali kita dengar ungkapan; jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Pendapat ini baik kerana ia dapat mendidik manusia dengan sifat qana'ah (bersyukur dengan apa yang ada) tetapi, wujud pula manusia yang terlalu cepat menyerah kepada takdir, tanpa sebarang usaha. Beberapa pendapat tentang jodoh:

Jodoh merupakan takdir semata, "Jodoh di tangan Tuhan, manusia mesti menerima jodohnya, baik ataupun buruk." Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang luas dalam masyarakat, tapi sayang pendapat ini kurang tepat. Jika pendapat tersebut hanya bermaksud:

"Jodoh di tangan Tuhan,” maka ada kebenarannya. Tetapi ayat yang seterusnya terkeluar dari hakikat sebenar. Kekeliruan yang nyata sebagai bukti lemahnya pendapat itu ialah sering kali menyalahkan Tuhan bila berlaku kegagalan. Sering kali kita dengar, "Sudah takdir Tuhan, jodoh saya tak panjang." Daripada pendapat itu, adakah Tuhan bersalah memutuskan perhubungan hambanya?

Hakikat sebenarnya, siapa yang memutuskannya. Jodoh merupakan takdir dan perlu mencari, "Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya." Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar ntuk mencari dan memilih jodoh.

Wajib berikhtiar sesuai dengan ketentuan Allah SWT, "Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan." Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti:

1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.
2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan tergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.

Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut. Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak atau pun kedua orang tua. Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam. Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:

1. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga
2. Mencari nafkah yang jujur dan berhasil
3. Pasangan ideal dalam erti:
bersikap baik terhadap isteri
dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat
menerima kekurangan dan kelemahan isteri
dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu
dapat menjaga kewibawa isteri
dapat membimbing isteri ke jalan yang baik
dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri

4. Bapa yang baik dana sayang kepada anak-anak
5. Pasangan yang baik lahir dan batin
Label: , |
Simson Ade Suseno
Allah SWT Yang Maha Kuasa, dengan IradahNya diciptakan manusia dari satu jiwa, kemudian diciptakan pula pasangannya supaya bersemi ketenangan, kesenangan dan kedamaian. Allah SWT melimpahkan sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya ke lubuk jiwa manusia dengan perasaan cinta serta melimpahkan rasa kasih sayang sebagai landasan kebahagiaan keluarga dalam sebuah rumahtangga.
Rata Penuh
Allah SWT berfirman (Surah Ar-Rum: ayat 21), yang bermaksud; "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan saying Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah SWT, tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Sikap berhati-hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan hidup merupakan ciri khas dari insan budiman. Sekiranya salah membuat pilihan, bererti sepanjang hayat menanggung penyesalan. Sikap memilih dan ingin dipilih adalah hak bagi setiap manusia. Adalah tidak adil rasanya dunia ini, jika pilihan hanya dibolehkan untuk kaum lelaki.
Label: , |
Simson Ade Suseno
|
Simson Ade Suseno
Mengalir hidup bagai bah air...menggenangi setiap lubuk hati insan. Membasahi jiwa yang gersang akan iman.
Label: |
Simson Ade Suseno
Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nomor satu, yakni takut gagal. (Dextter Yager)

Oleh karena itu jika orang yang takut akan gagal dalam melakukan sesuatu adalah orang yang takut akan kesuksesan. Banyak orang terkadang beranggapan jika gagal tak akan ada keberhasilan. Tapi jika mereka menyadari dibalik kegagalan adalah kunci kesuksesan.
Label: |