Simson Ade Suseno
-->
Dalam kehidupan bermasyarakat, perkahwinan dan pernikahan sangat diperlukan. Tujuannya adalah untuk meneruskan kehidupan umat manusia di bumi ini. Perkahwinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah SWT dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan. Dalam kehidupan bermasyarakat, sering kali kita dengar ungkapan; jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Pendapat ini baik kerana ia dapat mendidik manusia dengan sifat qana'ah (bersyukur dengan apa yang ada) tetapi, wujud pula manusia yang terlalu cepat menyerah kepada takdir, tanpa sebarang usaha. Beberapa pendapat tentang jodoh:

Jodoh merupakan takdir semata, "Jodoh di tangan Tuhan, manusia mesti menerima jodohnya, baik ataupun buruk." Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang luas dalam masyarakat, tapi sayang pendapat ini kurang tepat. Jika pendapat tersebut hanya bermaksud:

"Jodoh di tangan Tuhan,” maka ada kebenarannya. Tetapi ayat yang seterusnya terkeluar dari hakikat sebenar. Kekeliruan yang nyata sebagai bukti lemahnya pendapat itu ialah sering kali menyalahkan Tuhan bila berlaku kegagalan. Sering kali kita dengar, "Sudah takdir Tuhan, jodoh saya tak panjang." Daripada pendapat itu, adakah Tuhan bersalah memutuskan perhubungan hambanya?

Hakikat sebenarnya, siapa yang memutuskannya. Jodoh merupakan takdir dan perlu mencari, "Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya." Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar ntuk mencari dan memilih jodoh.

Wajib berikhtiar sesuai dengan ketentuan Allah SWT, "Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan." Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti:

1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.
2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan tergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.

Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut. Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak atau pun kedua orang tua. Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam. Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:

1. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga
2. Mencari nafkah yang jujur dan berhasil
3. Pasangan ideal dalam erti:
bersikap baik terhadap isteri
dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat
menerima kekurangan dan kelemahan isteri
dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu
dapat menjaga kewibawa isteri
dapat membimbing isteri ke jalan yang baik
dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri

4. Bapa yang baik dana sayang kepada anak-anak
5. Pasangan yang baik lahir dan batin
Label: ,